Apa itu Alahan?
Sistem
imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan
seperti debunga,habuk malah makanan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perubahan Permulaan
Apabila anda melakukan sesuatu perubatan,anda harus mengikut
setiap aturan yang diberikan,di samping itu anda harus sedar pada perubahan yang anda alami dalam kehidupan anda .
Perubahan dari peringkat fizikal merangkumi peningkatan tenaga,
minda dan semangat untuk hidup melalui rawatan air dan garam .
Lalui dengan penuh kesabaran di samping banyak berusaha dan
bertawakal kepada ALLAH untuk mengubati penyakit yang dihidapi. Bersemangatlah dan yakin pada diri anda yang anda mampu sihat
kembali.
Beritahu keluarga atau rakan anda tentang penyakit anda agar
anda diberi sokongan dan galakan untuk hidup.
Anda tidak bersendirian dalam kehidupan
ini kerana sesungguhnya jika tiada siapa di sisi ingatlah ALLAH sentiasa
memahami anda dan DIalah yang akan menyembuhkan penyakit anda . Terus berusaha Jangan Putus Asa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Alahan makanan
Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembap selain perut meragam,muntah,kejang,ruam,ekzema dan
lelah.
Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya,telur,kekacang,gandum,ikan dan kerang.
Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.
- Alahan serangga
Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh lebah dan tebuan yang mengandungi alergen.
Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama
beberapa jam.
Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar,mengalami bengkak dan gatal-gatal dari
beberapa hari ke
minggu.
Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif
kepada
sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.
- Alahan ubat
Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa.
Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik,dalam
masa beberapa minit.
Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas
alahan adalah seperti antibiotik,sulfa,antiepileptik dan insulin.
- Alahan kulit
Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis
alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu kulit.
Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan.
Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim
dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.
Merawat dan menguruskan
alahan
Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin
atau kesukaran
bernafas.
Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala.
Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:
Di manakah tindak balas berlaku? Di dalam atau di luar rumah?
Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama?Adakah anda makan atau minum?
Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?
Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru? Adakah anda menggunakan sabun
atau bahan
pencuci baru?
Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda.
Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan andadengan beberapa tip mudah berikut:
- Hindari alergen yang diketahui
- Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang
- Selalulah berjumpa doktor
- Jaga kesihatan anda.