...Semua fakta-fakta ni berdasarkan
kajian islam dan sains.
Kenapa kita makan menggunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah SAW. Beliau akan menggaulkan nasi dan
lauk dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar. Lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam dengan menggunakan jari kelingkingnya, lalu Rasulullah menghisap graram
tersebut. Kemudian barulah Rasulullah akan makan nasinya
tadi.
Mengapa?
Kerana kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit berbanding kiri. Ini berlaku kerana enzim yang ada di tangan kanan merupakan enzim yang menolong proses penghadam (digestion) yang merupakan
the first process digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang amat diperlukan
oleh badan. Cecah garam dari jari kita samalah dengan 1 liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya yang berasal
dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sumber mineral, garam juga adalah penawar yang mujarab
bagi keracunan. Di hospital-hospital, rawatan pertama untuk keracunan ialah Sodium Chloride iaitu garam. Garam juga dapat
menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
Cara Rasulullah mengunyah?
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan
itu betul-betul lumat agar perut senang memproses makanan yang dimakan.
Membaca Bismillah
Membaca bismillah sebelum makan adalah untuk mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun akan membuat perjanjian dengan Allah SWT. Apabila bismillah dibaca, maka bacteria dan racun musnah
dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah SAW minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh menghampiri
kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas semasa minum. Kerana apabila kita minum dari bekas
yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minuman itu kita tentu akan bernafas serta menghembuskan nafas
dari hidung kita. Apabila kita menghembus, kita akan mengeluarkan
Co2 (karbon dioksida) yang apabila bercampur dengan H2o (air) akan menjadi H2co3 iaitu sama dengan cuka, sekaligus menyebabkan
minuman itu menjadi asidik.
Jangan minum air yang panas kerana sebabnya sama seperti
di atas. Cara minum: seteguk dahulu, kemudian bernafas sehingga habis.