Jenis-jenis Arthritis
Bahagian sendi tangan
Arthritis, Rheumatoid
|
 |
Arthritis, Rheumatoid. Rheumatoid bintil pada
bahgain siku. Gambar oleh David Effron MD, FACEP | |
Arthritis, Rheumatoid |
 |
Arthritis, Rheumatoid. Perubahan Rheumatoid dalam tangan. Gambar oleh David Effron MD,
FACEP. | |
Arthritis, Rheumatoid |
 |
Arthritis, Rheumatoid. Perubahan Rheumatoid dalam tangan. Gambar oleh David Effron
MD, FACEP | |
Info Kesihatan : Artritis
berpunca keradangan sendi Oleh NORLAILA
HAMIMA JAMALUDDIN
DALAM badan kita ada 206 tulang yang disambungkan 360 sendi dan setiap satu mempunyai fungsi
tersendiri. Tugas kita pula sebagai pemilik sementara tulang dan sendi ialah menjaganya dengan baik, sama ada melalui senaman
atau pemakanan, supaya ia boleh berfungsi dengan sempurna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lagi bahagian sendi tangan
Multicentric Reticulohistiocytosis
|
 |
Bintil di atas tangan dengan
sendi membengkak akibat arthritis dari MRH | |
Psoriatic Arthritis
|
 |
Kekerasan psoriatic arthritis
menunjukkan penglibatan distal interphalangeal sendi, fleksi distal | |
Psoriatic Arthritis
|
 |
Psoriatic arthritis menunjukkan
perubahan kuku , distal interphalangeal sendi membengkak, dan kelihatan seperti sosej | |
Tulang rangka berfungsi untuk menyokong tisu lembut, melindungi
organ dalaman dan memberi kestabilan kepada badan secara menyeluruh.
Untuk memastikan pergerakan harian berjalan lancar,
sendi yang bertugas memegang dua atau lebih tulang mestilah dalam keadaan sihat.Tanpa sendi, kita tidak mungkin boleh menggerakkan
tangan,kaki,leher,membongkokkan badan atau membuka mulut untuk makan!
Lagi bahagian tangan dan belakang
Psoriasis, pada
kuku |
 |
distal interphalangeal
di mana berhubungkait dengan sendi psoriatic arthritis. | |
Bukti menunjukkan
Arthritis |
 |
Gambar menunjukkan lelaki berusia
42 tahun yang mengalami sakit belakang | |
Bukti menunjukkan
Arthritis |
 |
Perubahan Focal osteolytic dapat
dilihat melalui seorang pesakit yang mengalami sarcoid arthritis yang kronik | |
Secara umumnya sendi boleh dibahagikan kepada tiga jenis,
iaitu yang boleh bergerak atau sendi sinovial (mewakili 90 peratus sendi di badan),sendi separa bergerak atau sendi berserat
(yang menyambungkan tulang kaki) dan sendi yang tidak boleh bergerak langsung seperti di tengkorak.
Penggunaan sepanjang
masa akan menyebabkan tulang dan sendi haus dengan peningkatan usia. Ini menyebabkan ada anggota badan, biasanya lutut dan
pergelangan kaki, menjadi sakit apabila digerakkan.
Bahkan, sendi juga akan berasa sakit jika berlaku keradangan
yang menyebabkan ia bengkak, merah, panas dan mengehadkan pergerakan.
Kesakitan pada sendi ini juga ada banyak jenisnya;
ada yang disebabkan reumatisma, iaitu membabitkan tisu lembut pada sendi,sama ada di pergelangan tangan, siku, jari,lutut
dan belakang badan.
Kesan dalaman yang lebih kronik
Arthritis suatu
manifestasi sistem |
 |
Osteolysis telah meninggalkan
bentuk corak trabecular dalam kumpulan ini (anak panah). | |
Duodenal Ulcers
|
 |
Duodenal ulcer (DU). Lelaki
berumur 65 tahun yang mengidap osteoarthritis kelihatan gejala hematemesis dan melena stoo | |
Duodenal Ulcers
|
 |
Duodenal ulcer (DU). Lelaki
berumur 65 tahun yang mengidap osteoarthritis kelihatan gejala hematemesis dan melena stoo | |
Selain itu,keradangan sendi yang lebih serius dipanggil
artritis. Sendi akan jadi bengkak, merah kulit menjadi panas dan sangat sakit.
Artritis adalah satu perkataan umum untuk
sakit sendi dan sehingga kini ada lebih 100 jenis artritis yang dikenal pasti.
Ia hanya dipanggil penyakit apabila
bahagian sendi terbabit dapat dikenal pasti. Antara masalah paling biasaialah osteoartritis (OA), gout dan reumatoid artritis
(RA). Ketigatiganya memberikan simptom yang lebih kurang sama, tetapi OA membabitkan bahagian kartilaj dan biasanya berlaku
pada orang tua, berlebihan berat badan dan individu yang pernah mengalami kecederaan sendi.
Info Kesihatan : Artritis berpunca
keradangan sendi (Bhgn 2/3)Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Ia boleh menyebabkan pesakitnya mengalami
kekejangan, terutama pada waktu pagi, hilang kestabilan dan mengubah bentuk anggota badan
(contohnya lutut atau jari menjadi
bengkok) pada tahap serius.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Manakala gout pula membabitkan bahagian kaki keranapemendakan
asid urik pada sendi yang menyebabkan kaki (biasanya ibu jari, tetapi boleh juga berlaku pada siku danjari tangan) menjadi
bengkak, merah dan panas. Sesetengah pesakit tidak boleh berjalan langsung jika diserang gout.
|
Hyperuricosuria
dan Gout Diathesis |
 |
Hyperuricosuria dan gout arthritis.
Diikuti gambar CT pengimbas ke atas pesakit (ie, hanya sebahagian staghorn | |
|
RA pula disebabkan penyakit autoimun,
iaitu sistem pertahanan badan kita sendiri bertindak `memusnahkan' bahagian sinovioum.Penyakit ini berlaku tanpa mengenal
usia dan jika tidak dirawat segera ia akan menyebabkan kerosakan sendi yang lebih teruk. Malah dalam sesetengah kes, ia mungkin
membabitkan kerosakan pada organ dalaman lain.
Presiden Yayasan Artritis Malaysia, Dr Chow Sook Khuan,
berkata simptom RA istimewa kerana ia berlaku secara simetri (anggota kiri dan kanan akan mengalami masalah sama), boleh membabitkan
satu sendi saja atau banyak sendi pada satu masa.
Antara simptom paling nyata ialah kekejangan pada waktu pagi (melebihi
30 minit dan kadangkala boleh berlanjutan sepanjang hari), kesakitan pada waktu malam, lesu, hilang berat badan dan sendi
bengkak serta sakit.
Pada peringkat serius, RA yang tidak dirawat akan menyebabkan anggota (contohnya jari tangan)
kehilangan bentuk asal, menjadi bengkok dan tidak boleh berfungsi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~