Therapy AL - Klasik..

Jenis Jenis Arthritis

Home
Satu Rawatan Klasik
Garam Bukit
Ujian Struktur Garam
Kuasa Penyembuh sole(so-lay)
Produk & Remedi
Garam Sunah
Sabun Garam Therapy
Memahami Alahan
Kupasan Sel Mati
Kupasan Sel Mati
Mandi Seri Garam Klasik
Asma / Bronchitis
Jenis Jenis Arthritis
Rawatan Arthritis dan Gout
Garam Klasik & Gigi

Enter subhead content here

Jenis-jenis Arthritis

Bahagian sendi tangan

Arthritis, Rheumatoid
Arthritis, Rheumatoid. Rheumatoid bintil pada bahgain siku. Gambar oleh David Effron MD, FACEP
Arthritis, Rheumatoid
Arthritis, Rheumatoid. Perubahan Rheumatoid dalam tangan. Gambar oleh David Effron MD, FACEP.
Arthritis, Rheumatoid
 Arthritis, Rheumatoid. Perubahan Rheumatoid dalam tangan. Gambar oleh David Effron MD, FACEP

Info Kesihatan : Artritis berpunca keradangan sendi Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

DALAM badan kita ada 206 tulang yang disambungkan 360 sendi dan setiap satu mempunyai fungsi tersendiri. Tugas kita pula sebagai pemilik sementara tulang dan sendi ialah menjaganya dengan baik, sama ada melalui senaman atau pemakanan, supaya ia boleh berfungsi dengan sempurna
.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagi bahagian sendi tangan

Multicentric Reticulohistiocytosis
Bintil di atas tangan dengan sendi membengkak akibat arthritis dari MRH
Psoriatic Arthritis
Kekerasan psoriatic arthritis menunjukkan  penglibatan  distal interphalangeal sendi, fleksi distal 
Psoriatic Arthritis
Psoriatic arthritis menunjukkan perubahan kuku , distal interphalangeal  sendi membengkak, dan kelihatan seperti sosej


Tulang rangka berfungsi untuk menyokong tisu lembut, melindungi organ dalaman dan memberi kestabilan kepada badan secara menyeluruh.
Untuk memastikan pergerakan harian berjalan lancar, sendi yang bertugas memegang dua atau lebih tulang mestilah dalam keadaan sihat.Tanpa sendi, kita tidak mungkin boleh menggerakkan tangan,kaki,leher,membongkokkan badan atau membuka mulut untuk makan!
 

Lagi bahagian tangan dan belakang

Psoriasis, pada kuku
 distal interphalangeal di mana berhubungkait dengan sendi  psoriatic arthritis.
Bukti menunjukkan Arthritis
Gambar menunjukkan lelaki berusia 42 tahun yang mengalami sakit belakang
Bukti menunjukkan Arthritis
Perubahan Focal osteolytic dapat dilihat melalui seorang pesakit yang mengalami   sarcoid arthritis yang kronik

Secara umumnya sendi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu yang boleh bergerak atau sendi sinovial (mewakili 90 peratus sendi di badan),sendi separa bergerak atau sendi berserat (yang menyambungkan tulang kaki) dan sendi yang tidak boleh bergerak langsung seperti di tengkorak.

Penggunaan sepanjang masa akan menyebabkan tulang dan sendi haus dengan peningkatan usia. Ini menyebabkan ada anggota badan, biasanya lutut dan pergelangan kaki, menjadi sakit apabila digerakkan.
 

Bahkan, sendi juga akan berasa sakit jika berlaku keradangan yang menyebabkan ia bengkak, merah, panas dan mengehadkan pergerakan.
Kesakitan pada sendi ini juga ada banyak jenisnya; ada yang disebabkan reumatisma, iaitu membabitkan tisu lembut pada sendi,sama ada di pergelangan tangan, siku, jari,lutut dan belakang badan.
 

Kesan dalaman yang lebih kronik

Arthritis suatu manifestasi sistem
Osteolysis telah meninggalkan bentuk corak trabecular dalam kumpulan ini (anak panah).
Duodenal Ulcers
Duodenal ulcer (DU). Lelaki berumur 65 tahun yang mengidap osteoarthritis kelihatan  gejala hematemesis dan melena stoo
Duodenal Ulcers
Duodenal ulcer (DU).  Lelaki berumur 65 tahun yang mengidap osteoarthritis kelihatan  gejala hematemesis dan melena stoo


Selain itu,keradangan sendi yang lebih serius dipanggil artritis. Sendi akan jadi bengkak, merah kulit menjadi panas dan sangat sakit.
Artritis adalah satu perkataan umum untuk sakit sendi dan sehingga kini ada lebih 100 jenis artritis yang dikenal pasti.

Ia hanya dipanggil penyakit apabila bahagian sendi terbabit dapat dikenal pasti. Antara masalah paling biasaialah osteoartritis (OA), gout dan reumatoid artritis (RA). Ketigatiganya memberikan simptom yang lebih kurang sama, tetapi OA membabitkan bahagian kartilaj dan biasanya berlaku pada orang tua, berlebihan berat badan dan individu yang pernah mengalami kecederaan sendi.

Info Kesihatan : Artritis berpunca keradangan sendi (Bhgn 2/3)Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Ia boleh menyebabkan pesakitnya mengalami kekejangan, terutama pada waktu pagi, hilang kestabilan dan mengubah bentuk anggota badan
(contohnya lutut atau jari menjadi bengkok) pada tahap serius.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 


Manakala
gout pula membabitkan bahagian kaki keranapemendakan asid urik pada sendi yang menyebabkan kaki (biasanya ibu jari, tetapi boleh juga berlaku pada siku danjari tangan) menjadi bengkak, merah dan panas. Sesetengah pesakit tidak boleh berjalan langsung jika diserang gout.
 

Hyperuricosuria dan Gout Diathesis
Hyperuricosuria dan gout arthritis. CT pengimbas menunjukkan sebahagian kanan  staghorn
Hyperuricosuria dan Gout Diathesis
Hyperuricosuria dan gout arthritis. Diikuti gambar CT pengimbas ke atas pesakit    (ie, hanya sebahagian staghorn


RA pula disebabkan penyakit autoimun, iaitu sistem pertahanan badan kita sendiri bertindak `memusnahkan' bahagian sinovioum.Penyakit ini berlaku tanpa mengenal usia dan jika tidak dirawat segera ia akan menyebabkan kerosakan sendi yang lebih teruk. Malah dalam sesetengah kes, ia mungkin membabitkan kerosakan pada organ dalaman lain.
 

Faktor IX
 arthritis yang kronik,, cantuman, kehilangan sendi dan tulang rawan dengan kecacatan

Presiden Yayasan Artritis Malaysia, Dr Chow Sook Khuan, berkata simptom RA istimewa kerana ia berlaku secara simetri (anggota kiri dan kanan akan mengalami masalah sama), boleh membabitkan satu sendi saja atau banyak sendi pada satu masa.

Antara simptom paling nyata ialah kekejangan pada waktu pagi (melebihi 30 minit dan kadangkala boleh berlanjutan sepanjang hari), kesakitan pada waktu malam, lesu, hilang berat badan dan sendi bengkak serta sakit.

Pada peringkat serius, RA yang tidak dirawat akan menyebabkan anggota (contohnya jari tangan) kehilangan bentuk asal, menjadi bengkok dan tidak boleh berfungsi.
 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Enter supporting content here