Therapy AL - Klasik..

Memahami Alahan

Home
Satu Rawatan Klasik
Garam Bukit
Ujian Struktur Garam
Kuasa Penyembuh sole(so-lay)
Produk & Remedi
Garam Sunah
Sabun Garam Therapy
Memahami Alahan
Kupasan Sel Mati
Kupasan Sel Mati
Mandi Seri Garam Klasik
Asma / Bronchitis
Jenis Jenis Arthritis
Rawatan Arthritis dan Gout
Garam Klasik & Gigi

Enter subhead content here

Apa itu Alahan?

Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan  seperti debunga,habuk malah makanan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perubahan Permulaan

Apabila anda melakukan sesuatu perubatan,anda harus mengikut setiap aturan yang diberikan,di samping itu anda harus sedar pada perubahan yang anda alami dalam kehidupan anda .
 
Perubahan dari peringkat fizikal merangkumi peningkatan tenaga, minda dan semangat untuk hidup melalui rawatan air dan garam .
Lalui dengan penuh kesabaran di samping banyak berusaha dan bertawakal kepada ALLAH untuk mengubati penyakit yang dihidapi. Bersemangatlah dan yakin pada diri anda yang anda mampu sihat kembali.
Beritahu keluarga atau rakan anda tentang penyakit anda agar anda diberi sokongan dan galakan untuk hidup.
Anda tidak bersendirian dalam kehidupan ini kerana sesungguhnya jika tiada siapa di sisi ingatlah ALLAH sentiasa memahami anda dan DIalah yang akan menyembuhkan penyakit anda . Terus berusaha Jangan Putus Asa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

- Alahan makanan

 Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembap selain perut meragam,muntah,kejang,ruam,ekzema dan lelah.

 Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya,telur,kekacang,gandum,ikan dan kerang.

Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.

- Alahan serangga

Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh  lebah dan tebuan yang mengandungi alergen.

 Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam.

 Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar,mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke
minggu.

 Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada
sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

- Alahan ubat

 Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa.

 Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik,dalam masa beberapa minit. 

 Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti antibiotik,sulfa,antiepileptik dan insulin.

- Alahan kulit


 Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu kulit.

Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan.

 Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.



Merawat dan menguruskan alahan

 Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran
bernafas.

 Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala.

 Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:

 Di manakah tindak balas berlaku? Di dalam atau di luar rumah?

  Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama?Adakah anda makan atau minum?

  Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?

  Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru? Adakah anda menggunakan sabun atau bahan
pencuci baru?

 Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda.

 Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan andadengan beberapa tip mudah berikut:

- Hindari alergen yang diketahui

- Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang

- Selalulah berjumpa doktor

- Jaga kesihatan anda.

Rawatan Klasik Pemulihan 

  • Minum 1 sudu sole ( lihat cara buat sole ) dengan air yang berpH 7 ke atas .Minum ketika perut masih kosong.
  • Sapu seluruh bahagian yang terkena alergy dengan minyak terapi ( zaiton ) atau apa -apa minyak kesukaan anda. Gosok sabun dan biarkan selama 15 - 20 minit . Basuh dengan air dan lap .
  • Minyak dan sabun dapat meredakan  alergy yang dirasai oleh anda. Disamping itu kulit anda ,menjadi halus dan pada masa yang sama sisa toksin dikeluarkan dari badan anda . 

Lanjutan Rawatan Klasik: Lot 356 2nd FLoor Ampang Park Plaza 03-21669225