Cantik Therapeutic
Sunday, 4 December 2005
Ubat Gigi Herba Garam Bukit?
Mood:  cheeky
Now Playing: ocean
Topic: Ubat Gigi Herba Garam Buk
Ubat Gigi Herba Garam Bukit™

Sewaktu zaman Yunani, garam dianggap sebagai “emas putih” dan digunakan olah askar Roman sebagai bahan kumuran yang dikenali juga sebagai sole(so-lay). Larutan air dan garam organik itu diketahui menguatkan gigi dengan menghakis plak dan tar-tar sambil mengukuhkan dan membersihkan gusi. Halagel Sdn Bhd yang merupakan pelopor produk Halal dalam kategori barang keperluan rumah telah melancarkan ubat gigi rumusan baru yang diberi nama Ubat Gigi Herba Garam Bukit™ antara produk-produk utama. Rumusan baru Ubat Gigi Herba Garam Batu™ diperkuatkan untuk membantu menguatkan gigi, menghindar kerosakan gigi, menghilangkan bau mulut dan menguatkan gigi dan gusi.

Sekarang kaedah sains telah membuktikan bahawa Garam Bukit yang telah larut dalam air boleh meneutralkan kadar PH dalam ruang mulut seseorang dimana punca mulut berbau adalah kadar asidik ruang mulut tinggi. Ubat Gigi Herba Garam Batu™ merupakan ubat gigi pertama yang dirumuskan mengunakan kristal Garam Bukit™ bermutu tinggi, sari pati miswak, daun mambu dan cengkih. Ini menletakkan jenama ini antara yang terutama berbanding jenama ubat gigi lain.

Bahan herba lain juga dicampur dalam Ubat Gigi Herba Garam Bukit seperti daun mambu, cengkih dan juga miswak. Miswak pernah disebut dalam hadis sebagai alat memberus gigi yang amat digemari Nabi Muhammad (saw). Para saintis pula telah membuktikan bahawa miswak memang mempunyai zat-zat makanan. Kegunaan miswak telah disyorkan didalam banyak penulisan kuno ternama, yang menyatakan bahawa herba miswak mempunyai 70 kebaikan bagi keseluruhan badan. Pati miswak telah dikenalpasti pihak saintis sebagai penguat gusi, penghindar keroskan gigi, pengurang bau mulut dan meastikan kekuatan gigi.


Posted by CantikMe.. at 11:38 AM WST

Newer | Latest | Older

« December 2005 »
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in